comscore
Tumpuan :
Nasional

Kastam Sabah gagalkan cubaan seludup syabu, Ecstasy

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Datuk Mohd Nasir Deraman pada sidang media rampasan 5kg dadah jenis syabu bersama 1001 pil Ecstasy seberat 3003 gram pada 30 April lalu.-Foto: NSTP 

TAWAU:  Cubaan seorang lelaki tempatan menyeludup keluar lebih 5 kilogram syabu bersama 1001 biji pil Ecstasy melalui jeti Kastam, Imigresen Dan Kuarantin (CIQ) Lama di sini, gagal apabila ditahan pihak berkuasa 30 April lalu.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Datuk Mohd Nasir Deraman berkata, suspek lelaki tempatan berumur 22 tahun itu dikesan dalam keadaan mencurigakan sebelum ditahan kira-kira jam 2.36 petang.

Beliau berkata, suspek yang juga seorang penganggur itu dipercayai menggunakan jeti awam terbabit sebelum menaiki bot ke Kampung Bergosong di Pulau Sebatik dengan membawa satu kotak berwarna coklat.

“Hasil pemeriksaan awal ke atas kotak berkenaan mendapati dua paket teh cina yang dan tiga paket berbalut plastik hitam masing-masing mengandungi 5.0658 kilogram disyaki dadah jenis Methamphetamine dan 1001 biji (3003 gram) pil disyaki Ecstasy (MDMA).

“Nilai keseluruhan rampasan dianggaran berjumlah RM177,120.60,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata modus operandi digunakan suspes dengan membawa bahan terlarang terbabit yang dibungkus teh cina berwarna jingga berjenama “Alishan Jia Xuan Tea” untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

Katanya, suspek kini ditahan reman selama 14 hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini