comscore
Tumpuan :
Jenayah

Keterangan empat individu berhubung kes tembakan telah diambil – Polis

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun. – FOTO: NSTP

KOTA BHARU: Polis Kelantan sudah mengambil keterangan empat individu bagi membantu siasatan berhubung kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Kampung Gelang Mas, Sabtu lalu.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, individu yang dipanggil untuk memberi keterangan bukannya suspek, sebaliknya mereka yang boleh membantu dan mungkin mengetahui rentetan sehingga berlakunya kes tembakan berkenaan.

Katanya, bagaimanapun, pihaknya akan memanggil beberapa lagi individu bagi melengkapkan siasatan.

“Motif kejadian sudah dapat dan ia lebih memudahkan pihak kami untuk hala tuju siasatan selepas keterangan beberapa individu diambil.

“Bagaimanapun mungkin ada juga konflik lain, namun selepas tangkapan dibuat selain siasatan mendalam yang dilakukan, kita akan dapat mengetahui perkara yang sebenar,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2024 Bersama Warga PDRM Kontijen Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kelantan, di sini, hari ini.

Beliau bekata, pihaknya yakin suspek masih berada di Kelantan berdasarkan risikan yang dilakukan.

“Sekiranya suspek berada di negara jiran, kita akan bekerjasama dengan polis Thailand untuk bertukar maklumat bagi mengesan keberadaan suspek,” katanya.

Dalam kejadian Sabtu lalu, sebuah keluarga yang sedang nyenyak tidur dikejutkan dengan bunyi beberapa das tembakan yang dilepaskan oleh dua lelaki yang menunggang motosikal jenis Y15 sebelum melarikan diri dari arah Kampung Gelang Mas ke Kampung Bunut Susu.

Kejadian jam 3 pagi itu menyebabkan dua kenderaan rosak.

Loading...
Terkini