comscore
Tumpuan :
Nasional

Kluster syarikat pembersihan KL tamat

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) mengisytiharkan kluster syarikat pembersihan Kuala Lumpur tamat, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia antara kluster tempat kerja COVID-19 dikenal pasti melalui hasil saringan ke atas 10 pekerja asing.

Katanya, saringan berkenaan adalah inisiatif majikan syarikat berkenaan terhadap pekerja asing mereka.

“Seramai 33 orang, masing-masing 16 rakyat tempatan dan 17 pekerja asing menjalani saringan sehingga 9 Julai lalu.

“Daripada jumlah ini, empat kes positif COVID-19 dikesan, masing-masing tiga pekerja syarikat dan seorang kontak rapat dan semuanya adalah warga Indonesia.

“KKM ingin mengucapkan terima kasih atas kerjasama majikan dalam usaha memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Noor Hisham berkata, empat kluster tempat kerja lain masih aktif di negara ini.

Ia membabitkan kluster Tapak Pembinaan Kuala Lumpur 2, kluster Pedas, kluster syarikat pembersihan dan kluster tapak pembinaan Kuching, Sarawak.

“Keseluruhannya, seramai 10,362 orang sudah disaring dalam semua kluster ini, masing-masing 4,242 rakyat tempatan dan 6,120 warga asing setakat jam 12 tengah hari tadi.

“Jumlah keseluruhan kes positif dikesan dalam kluster berkenaan adalah 722, merangkumi 122 rakyat tempatan dan 600 warga asing,” katanya.

Loading...
Terkini