comscore
Tumpuan :
Nasional

KPN ucap takziah pemergian Tun Hanif Omar

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain bersama timbalannya Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga bekas KPN, Tun Mohammed Hanif Omar yang meninggal dunia akibat sakit buah pinggang.

Allahyarham Tun Mohammed Hanif adalah KPN ke-4 dan memegang jawatan itu selama 20 tahun iaitu dari tahun 1974 sebelum bersara secara rasmi pada 16 Januari 1994.

Allahyarham yang berusia 85 tahun meninggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor awal pagi tadi.

Semoga roh Allahyarham Tun Mohammed Hanif dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang beriman serta beramal soleh.

Terdahulu anaknya yang juga Pakar penerbangan, Kapten (B) Abdul Rahmat Omar mengesahkan bapanya meninggal dunia jam 2.15 pagi tadi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini