comscore
Tumpuan :
Nasional

KUSKOP tawar pembiayaan pengajian kepada pelajar Palestin

Oleh: Siti Khadijah Jaafar

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan, Usahawan, dan Koperasi, KUSKOP akan menawarkan pembiayaan pengajian kepada pelajar Palestin dalam usaha membantu meringankan beban mereka.

Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, tawaran berkenaan meliputi program pengajian dalam bidang koperasi.

“Semasa dalam Persidangan Menteri-menteri Koperasi Asia Pasifik yang diadakan di Jordan baru-baru ini , kita telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dua hala dengan Menteri Koperasi Palestin.

Kita juga telah berbincang bersama agensi-agensi di Jordan dan antara kerjasama boleh dibuat adalah penawaran biasiswa penawaran pembiayaan pengajian sekurang-kurangnya kepada 3 pelajar Palestin”.

“Ini sedang disusuli perbincangan oleh duta besar kita di Jordan dengan kementerian koperasi di Palestin dan juga telah dibincangkan di mesyuarat kabinet kementerian kelmarin dan saya berharap ini merupakan satu bentuk sokongan kita kepada masyarakat Palestin untuk terus membangunkan wilayah mereka”, katanya.

Setakat ini, pihak kementerian masih menunggu kesediaan kerajaan Palestin untuk menghantar pelajar yang terpilih bagi memulakan pengajian di Malaysia.

“Kita juga ambil kira perkembangan semasa di situ dan saya percaya semangat kenegaraan ini kita perlu memberi ruang kepada belia-belia di Palestin untuk belajar”, katanya.

Beliau ditemui media sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri KUSKOP dan agensinya di Menara Kembar Bank Rakyat , ibu negara.

Hadir sama, Timbalan Menteri KUSKOP, Datuk R. Ramanan dan Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Seri Suriani Ahmad.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini