comscore
Tumpuan :
Nasional

Laut Cina Selatan perairan bebas, rondaan sepanjang masa jaga kedaulatan negara

Oleh: Nurul Amalina Zainudin

KUALA LUMPUR: Kehadiran kapal-kapal asing di Laut China Selatan tidak boleh sewenang-wenangnya dianggap menceroboh kerana perairan itu adalah laluan bebas.

Bagaimanapun Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pemantauan dan rondaan sepanjang masa oleh tentera laut adalah perlu bagi memastikan kedaulatan negara.

“Kawasan Laut China Selatan adalah kawasan yang bebas dilalui oleh sesiapa, jika kapal asing itu adalah kapal ‘anchor’, itu baru boleh dianggap pencerobohan dan bila itu berlaku dari segi kita punya tatacara kerja, kita akan maklumkan kepada Wisma Putra untuk tindakan selanjutnya.

“Tentera laut melaksanakan enam operasi laut di kawasan maritim Malaysia, di sebelah Selat Melaka, Laut Cina Selatan, Laut Sulawesi dan Laut Sulu, operasi 24 jam sehari tujuh hari seminggu untuk mengesan apa-apa aktiviti luar biasa atau kapal-kapal perang dari negara lain,” katanya.

Beliau mengulas video tular baru-baru ini yang memaparkan kehadiran sebuah kapal Pengawal Pantai China yang menghampiri bot nelayan Malaysia berhampiran Terumbu Sahap, Sarawak di South Luconia Shoals, dalam Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia (ZEE).

“Saya difahamkan nelayan-nelayan itu mendapat izin daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk kerja-kerja menangkap ikan, tapi saya tak nafikan kapal-kapal asing juga selalu berada di situ kerana mereka nak tuntut kawasan itu seperti kita juga.

“Kehadiran kita (di perairan) mesti sepanjang masa sebab kita juga nak beritahu ini adalah kawasan kita, kalau mereka (tentera laut) tidak ada, akan jadi macam Pulau Batu Putih, kedaulatan kita habis,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini