comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki ditahan bersama pil yaba bernilai RM9,225

Foto hiasan

MACHANG: Polis menahan seorang lelaki bersama 67.65 gram pil yaba dianggar bernilai RM9,225 di dalam sebuah bangsal kayu di kebun sawit di Jalan Lama Kota Bharu- Kuala Krai, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Ahmad Shafiki Hussin, berkata suspek berusia 44 tahun itu ditahan pada jam 11.15 malam oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, hasil pemeriksaan beg galas berzip berwarna hijau yang digalas suspek, di dalamnya terdapat lima paket plastik berisi beberapa biji pil yang disyaki dadah jenis pil yaba.

“Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah Methamphetamine selain mempunyai dua rekod lampau berkait kesalahan dadah.

“Bagaimanapun, siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti penglibatan suspek berkaitan dadah yang dirampas,” katanya menerusi satu kenyataan media, hari ini.

Ahmad Shafiki berkata, suspek ditahan reman selama seminggu bermula hari ini sehingga 10 Mei bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(A) ADB 1952,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini