comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Lelaki warga emas hilang ditemui mati dalam kawasan semak

 


Oleh: Kumaran Rajamoney

KANGAR: Seorang lelaki warga emas yang hilang sejak empat hari lalu, ditemui meninggal dunia di dalam kawasan semak berhampiran Sungai Kampung Titi Tok Bandar, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim dalam satu kenyataan memaklumkan mayat mangsa Che Man Che Pi, 68 ditemui orang awam dan melaporkannya kepada pihak polis sekitar jam 11.10 pagi.

“Anak mangsa mengesahkan identiti dan memaklumkan warga emas itu telah menghilangkan diri daripada rumahnya di Kampung Medan Utan Aji sejak 3 hingga 4 hari yang lalu. Usaha mencari telah dijalankan oleh pihak waris dan rakan sebelum ini namun gagal.

“Mangsa dilaporkan mempunyai sejarah penyakit darah tinggi dan menerima rawatan psikiatri di Hospital Tuanku Fuziah,” katanya.

Pasukan forensik dari Ibupejabat Polis Kontijen (IPK) Perlis katanya telah membuat pemeriksaan ke atas mayat mangsa dan mendapati tiada sebarang unsur jenayah.

Mayat dihantar ke Unit Forensik HTF untuk siasatan lanjut, dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini