comscore
Tumpuan :
Nasional

Malaysia amal dasar asing seimbang – PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada pembukaan plenari bertemakan ‘Visi Baharu Pembangunan Global’ bersama pemimpin negara lain di Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF), hari ini.

KUALA LUMPUR: Malaysia mengamalkan pendirian dasar asing yang seimbang untuk terlibat dan bergantung kepada sokongan, kerjasama pelaburan dari barat sambil mengekalkan hubungan dua hala yang kukuh dengan China, Korea Selatan serta Jepun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Malaysia yang akan mempengerusikan ASEAN tahun depan, komited memastikan rantau itu juga kekal bebas dan aman, sekali gus menjamin pertumbuhan ekonominya untuk terus mampan serta berupaya menarik pelaburan.

“Ada yang khuatir dengan kedudukan dasar luar (Malaysia) untuk terlibat (bekerjasama) dan bergantung kepada sokongan, kerjasama, pelaburan dari barat, Amerika Syarikat (AS).. eropah, pada masa sama mengekalkan hubungan baik dengan China, Korea Selatan dan Japun.

“Lebih utama kepada China kerana potensinya (ekonomi), walaupun ada sensitiviti yang bukan disebabkan oleh masalah kami. Itu masalah antara mereka,” katanya bercakap pada sesi Plenari Pembukaan Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Riyadh, Arab Saudi, yang disiar secara langsung hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, dalam konteks negara ini, AS terus kekal menjadi pelabur utama, selain sejak beberapa tahun kebekalangan ini, menyaksikan China sudah menggandakan pelaburannya ke Malaysia.

“Bagaimana kami mengurusnya, saya hanya boleh mengatakan kami mengalu-alukan pelaburan, yang mengikut peraturan kami dan tanpa menetapkan sebarang syarat. Setakat ini kita menguruskannya, bukan mudah,” katanya sambil menambah Malaysia dan ASEAN juga sedang meneroka untuk menggandakan penerimaan pelaburan dari afrika, Amerika latin serta asia barat.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, negara tidak akan mampu bergerak ke depan khususnya dalam aspek ekonomi jika tidak memfokuskan kepada soal tadbir urus dan tanggungjawab fiskal, yang menjadi teras penting dalam meningkatkan pertumbuhan ekonominya.

Beliau berkata, negara juga belajar dari kekurangan lalu seperti isu rasuah dalam menambahbaik perkembangan ekonomi.

“Malaysia antara negara paling aman di dunia dan mempunyai perkembangan ekonomi terpantas dan dengan itu kita perlu mula memfokuskan kepada isu tadbir urus dan tanggungjawab fiskal.

“Kita perlu mula dengan keutamaan itu bagi mengembangkan lagi potensi negara…kita ada pengalaman lalu pada tahun 1990-an,” katanya.

Kira-kira 1,000 pemimpin dari 92 negara berhimpun di Riyadh, Arab Saudi, sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) mengenai Kerjasama Global, Pertumbuhan dan Tenaga untuk Pembangunan selama dua hari hingga esok.

Ia bertujuan merapatkan jurang Utara-Selatan yang semakin meningkat, serta mencari penyelesaian kolaboratif untuk menghadapi cabaran bersama.

Dalam perkembangan sama, Anwar berkata, inisiatif dilaksanakan pentadbiran kerajaan Arab Saudi tidak boleh dipandang ringan kerana ia dilihat menjadi peneraju suara dalam pembangunan ekonomi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini