comscore
Tumpuan :
Nasional

Mangsa serangan buaya boleh minta bantuan tabung JKM

KUCHING: Mangsa serangan buaya atau binatang buas boleh memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ia menerusi Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas.

“Kebiasaannya kita akan tunggu sehingga mangsa dapat dijumpai. Sama ada mangsa dibaham (binatang buas) atau tidak, JKM akan tetap beri bantuan kepada keluarga mangsa,” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang wanita warga emas yang disyaki dibaham buaya ketika keluar mencari lokan di Sungai Rayu, Jalan Selang, di sini, Rabu lepas.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, mangsa dikenali sebagai Minu Kin, 76.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini