comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Nahas dua kenderaan, budak perempuan 7 tahun maut


ISKANDAR PUTERI: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Jalan Persiaran Indah Utama, Bukit Indah di sini hari ini.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 10 pagi dengan mangsa maut maut adalah penumpang kenderaan jenis Perodua Axia.

Pemangku Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superitendan Ibrahim Mat Som berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu jam 1.38 tengah hari daripada seorang wanita memaklumkan suami dan anaknya terbabit kemalangan, dengan anaknya meninggal dunia.

“Siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila Perodua Axia yang bergerak lurus di Jalan Persiaran Indah Utama, merempuh kereta jenis BMW X1 yang membelok ke kanan menuju Jalan Indah 2/11 di Bukit Indah.

“Akibat kemalangan itu, lelaki berusia 40 tahun yang memandu Perodua Axia cedera pada kaki dan penumpang iaitu anak perempuannya berusia tujuh tahun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

“Pemandu BMW X1 iaitu seorang wanita warga tempatan berusia 56 tahun mengalami kecederaan pada kepala dan tubuh,” katanya.

Ibrahim berkata, semua mangsa yang selamat masih mendapatkan rawatan di hospital.Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini