comscore
Tumpuan :
Nasional

Nyawa warga emas diragut akibat digilis treler

Lelaki warga emas yang maut dipercayai digilis sebuah treler di Jalan Gangsa, Mergong. FOTO: Ihsan Bomba

ALOR SETAR: Seorang lelaki warga emas meninggal dunia selepas terjatuh daripada motosikal ditunggangnya sebelum digilis treler pada kejadian di Jalan Gangsa, Mergong, di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar Ahmad Naufal Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian, jam 10.04 pagi.

“Kemalangan membabitkan sebuah Honda EX5 dengan treler yang mana mangsa yang berusia 73 tahun meninggal dunia dipercayai digilis di kepala serta badan malah jasadnya tersepit di bahagian tayar hadapan.

“Kami dapat mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas,” katanya dihubungi.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Mayat dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk tindakan lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini