comscore
Tumpuan :
Nasional

Pemergian Tun Hanif, kehilangan buat negara – Musa Hassan

Oleh: Fatin Hanani Sahimi

KUALA LUMPUR: Pemergian Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tun Mohammad Hanif Omar adalah satu kehilangan buat negara kerana jasa bakti yang dicurahkan buat negara.

Bekas KPN Tan Sri Musa Hassan menyifatkan Allahyarham sebagai ketua yang tegas dan ambil peduli terhadap pegawai bawahan ketika berkhidmat bersama PDRM.

“Pemergian beliau satu kerugian buat negara, dia mempunyai pengalaman yang luas kerana beliau telah menjadi Ketua Polis Negara selama 20 tahun.

“Dari segi keselamatan beliau telah terlibat dalam banyak era keselamatan ketika zaman komunis.

“Beliau merupakan ketua saya ketika berkhidmat di Polis Kontinjen Melaka dan waktu itu saya berpangkat Inspektor dan beliau Ketua Polis Melaka.

“Beliau sungguh prihatin. Selalu panggil pegawai dan anggota bawahan untuk memberi nasihat dalam mesyuarat melibatkan semua Inspektor dan pegawai untuk mendapatkan maklumat berhubung tugasan kami,” katanya.

Jelasnya Allahyarham Tun Hanif juga pemimpin yang banyak membuat perubahan dalam pasukan polis termasukmenjalankan pelbagai risikan menghadapi ancaman komunis ketika bawah pimpinannya.

Jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Negara untuk solat jenazah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara selepas Zohor.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini