comscore
Tumpuan :
Nasional

Penumpang wanita dimarahi pemandu bas kerana tidak bayar tambang – Polis

FOTO: Tangkap layar dari video tular

JOHOR BAHRU: Punca seorang penumpang dimarahi pemandu bas henti-henti di sini hingga video kejadian tular di media sosial, kerana wanita itu didakwa tidak membayar tambang.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat memaklumkan, kejadian itu dipercayai berlaku pada 2 Mei lalu di sekitar bandaraya ini, lebih kurang jam 9.10 pagi.

Katanya video berdurasi 49 saat di laman sosial TikTok dan Platform X itu viral sejak malam tadi.

“Mangsa wanita tempatan berusia 31 tahun telah membuat laporan polis menyatakan telah dimarahi individu yang merupakan pemandu bas yang sedang dinaikinya pada hari yang sama.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian berpunca dari perasaan tidak puas hati kerana mangsa tidak membayar tambang bas sebelum ini,”katanya.

Menurut Raub, mangsa tidak mengalami kecederaan dan siasatan masih dijalankan bagi mengesan suspek yang terlibat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi terus IPD Johor Bahru Selatan di talian 07-2182323,”katanya.

Sejak semalam, tular video berdurasi 49 saat di aplikasi TikTok memaparkan perselisih faham antara seorang wanita (penumpang) dengan pemandu bas.

Pemandu lelaki itu dilihat menghalau keluar wanita terbabit keluar dari bas yang dipandunya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini