comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pihak berkaitan laporan Bloomberg akan ambil tindakan – PM


SEPANG: Pihak berkaitan laporan Bloomberg baru-baru ini mengenai pertimbangan kasino di Forest City akan mengambil tindakan sewajarnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan akan meminta penarikan balik laporan itu atau meneruskan tindakan undang-undang terhadap agensi berita terbabit.

“Mereka yang disentuh (dalam laporan itu) perlu mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian seusai menunaikan Solat Jumaat di Pusat Muktamar Islam Malaysia Airlines Berhad (MAB) di sini hari ini.

Khamis lalu, beliau menafikan sekeras-kerasnya laporan yang menyatakan Putrajaya sedang mempertimbangkan lesen kasino kedua untuk Forest City dan menyifatkan ia sebagai satu pembohongan.

Bloomberg sebelum ini melaporkan pengasas Berjaya Tan Sri Vincent Tan dan pengasas Kumpulan Genting Tan Sri Lim Kok Tay dalam perbincangan awal dengan kerajaan mengenai pembukaan kasino di Forest City.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini