comscore
Tumpuan :
Nasional

PM meriahkan rumah terbuka Aidilfitri di Pulau Pinang

Foto: NSTP



GEORGE TOWN: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Persatuan Khalifah Jelutong, di Pulau Pinang malam tadi.

Beliau yang tiba pada jam 11 malam, disambut oleh Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid.

Perdana Menteri, yang mempunyai jadual padat di Perak dan Kedah semalam, meluangkan masa kira-kira 30 minit menyantuni ribuan masyarakat setempat termasuk 121 pelajar tahfiz Madrasah Tahfiz Darul Ukasha dan Madrasah Pengajian Al-Ihsan

Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan pemimpin nombor satu negara pada majlis itu, yang turut diserikan dengan cabutan bertuah dan pemberian sumbangan raya kepada kanak-kanak.

Jadual beliau di Pulau Pinang hari ini akan bermula dengan Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Pemimpin Masyarakat Di Permatang Pauh diikuti Majlis Penutup Program MADANI Rakyat Zon Utara 2024 dan Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Peringkat Pulau Pinang di Tapak Pesta Sungai Nibong di sini.

Seterusnya, beliau dijadualkan hadir ke Kenduri Aidilfitri Perpaduan di Galeri Pejuang Cherok Tok Kun di Bukit Mertajam pada tengah hari.- BERNAMA

Loading...
Terkini