comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Polis buru dua lelaki dipercayai melepaskan tembakan ke arah sebuah rumah

 

PASIR MAS: Susulan insiden melepaskan tembakan ke sebuah rumah di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, di sini, polis kini giat mengesan dua suspek lelaki.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun ketika kejadian pengadu bersama sepupunya sedang tidur di dalam rumah sebelum terdengar tembakan.

Kata Muhammad Zaki, pengadu sempat melihat dari pintu utama dan ternampak dua lelaki melarikan diri menggunakan motosikal jenis Y15 dari arah Kampung Gelang Mas ke Kampung Bunut Susu, di sini.

“Pengadu kemudian keluar meninjau keadaan di hadapan rumah berkenaan dan mendapati kereta jenis Perodua Viva dan Mitsubishi Triton mengalami kerosakan serta pecah cermin akibat ditembak.

“Manakala, hasil pemeriksaan di lokasi kejadian, anggota bertugas turut menemui empat kelongsong peluru di hadapan rumah terbabit

“Kelongsong yang dijumpai di tempat kejadian disyaki jenis 9 mm dan insiden ini tidak mencederakan mana-mana individu selain hanya membabitkan kerosakan dua buah motokar sahaja,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Muhamad Zaki berkata kes disiasat di bawah Seksyen 39 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 427Kanun Keseksaan, manakala motif kejadian masih lagi dalam siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini