comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Polis cari wanita warga Vietnam bantu siasatan kes bayi maut akibat didera

 

Oleh: Zahir Senapiah

JOHOR BAHRU: Polis sedang mengesan seorang wanita warga Vietnam yang juga ibu kepada seorang bayi berusia 9 bulan yang maut di hospital Sultanah Aminah (HSA) pada 26 Mei lalu, dipercayai didera.

Ketua Polis daerah Johor Bahru utara, Balveer Singh Mahindar Singh berkata, Polis telah menahan dua rakan kepada ibu mangsa yang juga warga Vietnam dan seorang lelaki warga tempatan dipercayai teman kepada salah seorang wanita terbabit bagi membantu siasatan.

Ketiga-tiga suspek berumur 29 hingga 42 tahun ditahan sekitar Johor Bahru pada 25 April kira-kira jam 10 malam.

“Polis juga telah menahan sepasang suami isteri dipercayai pengasuh kepada mangsa bagi membantu siasatan. Kesemua suspek yang ditahan telah direman selama 6 hari bermula 26 April lalu dan tempoh reman mereka akan disambung 4 hari lagi  lagi  bagi membolehkan siasatan diteruskan” katanya dalam satu kenyataan.

Kes disiasat dibawah seksyen 31(1)(a) akta kanak-kanak 2001.

Pada 25 April lalu polis menerima laporan daripada seorang pegawai perubatan HSA, seorang bayi dimasukkan ke unit rawatan rapi unit rawatan rapi (ICU) disyaki didera.

Bayi malang itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia keesokan harinya kira-kira jam 3.50 pagi dan bedah siasat mendapati wujud elemen jenayah hingga menyebabkan  kematian bayi berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini