comscore
Tumpuan :
Nasional

‘Saya percaya jentera kerajaan cekap, pelabur datang sendiri ke Malaysia’- PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan orang ramai di Majlis Perhimpunan Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2024 di Perkarangan Lost World of Tambun, Sunway City, Ipoh.-Foto: NSTP

Oleh: Fareez Azman

TAMBUN: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan kepercayaan kepada penjawat awam dalam membantu memacu ekonomi negara ke hadapan.

Jelasnya, kenaikan elaun dan gaji dalam Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang diumumkan baru-baru ini sebagai pengiktirafan kepada penjawat awam.

“Inilah tekad saya, saya ambil keputusan ini walaupun tahun depan bermula RM10 billion (kos) tambahan (kepada negara) dan angka ini akan meningkat beberapa tahun ke depan.

“Betul kerajaan perlu tampung, tapi saya percaya kalau jentera kita cekap dan baik dengan sendiri orang (pelabur) datang,”katanya.

Mengulas mengenai pengurusan ekonomi yang baik, tambah Perdana Menteri perkara itu adalah tanggungjawab bersama kerajaan dan kakitangan awam.

Menerusi penguatkuasaan dan budaya membanteras rasuah katanya ketirisan dapat dielakkan dan negara akan menjadi antara negara disegani di rantau ini.

“Pengurusan ekonomi tanggungjawab bersama tapi kalau kita beri pengiktirafan tunjuk ihsan dan kasih sayang tunjuk hormat kepada penjawat awam, polis, tentera dan semua jentera kita.

“Dengan displin, elak ketirisan membanteras rasuah saya percaya negara ini akan dapat keberkatan dengan hasil lebih baik.

“Yang melakukan jenayah rasuah ketirisan ini jumlah kecil, kalau sleuruh jentera pasukan kekuatan politik dan jentera pemnguatkuasaan tegas saya percaya kita bpoleh hindar dan Allah SWT akan berkati dan limpahan nikmat kita boleh berikan kepada rakyat,”katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Ramah MesraRaya MADANI bersama Warga Unit Komando 69, Pasukan Gerak Khas di Pejabat dan Pusat Latihan Unit Komando 69 di sini hari ini.

Hadir sama dalam majlis itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini