comscore
Tumpuan :
Nasional

Sifar kes penularan tempatan COVID-19

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mencatatkan sifar kes penularan tempatan jangkitan COVID-19 dan hanya tiga kes import dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata semua kes baharu itu membabitkan warga Malaysia yang baharu pulang dari luar negara.

Katanya, ini menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 di negara ini adalah sebanyak 70 kes.

“Sehingga kini, terdapat dua kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan seorang pesakit masih memerlukan bantuan pernafasan.

“Tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini dan jumlahnya kekal 121 kes atau 1.39 peratus daripada jumlah keselurhan kes,” katanya pada sidang media COVID-19, di Putrajaya, hari ini.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan sehingga jam 12 tengah hari ini terdapat lima kes pulih dilaporkan dan menjadikan jumlah kumulatif kes pulih di negara ini sebanyak 8,486 kes atau 97.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Loading...
Terkini