comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Sistem kuota kekal, kaedah pengambilan bukan bumiputera ke IPT ditambah baik

 

Oleh: Kumaran Rajamoney

SINTOK: Kerajaan akan menambahbaik kaedah pengambilan pelajar bukan bumiputera ke Insititusi Pengajian Tinggi (IPT) bagi mengelakkan keciciran pelajar pintar.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan usaha itu akan dilakukan tanpa mengubah sistem kouta sedia ada.

 

“Program kouta ini saya setuju kekalkan bagi memberi ruang kepada anak-anak melayu-bumiputera. Bagi bukan bumiputera yang pintar, keputusannya adalah untuk menambah peluang.”

“Jangan kita patahkan semangat dia. Bantu dia supaya dapat bersama dalam fakulti pilihan dia.”

Tambahnya, sistem kouta diperkenalkan sebelum ini susulan daripada keciciran pelajar melayu-bumiputera daripada pengajian kritikal seperti perubatan dan kejuruteraan.

“Jadi ada usaha oleh Allahyarham Prof Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid dan kementerian pada ketika itu yang mana kami mendokong  program asasi khas untuk bantu anak melayu,” katanya.

“Namun begitu, katanya, kerajaan pada masa sama tidak mematikan sistem meritokrasi dengan pengambilan pelajar ke IPT tidak mengira perbezaan kaum.”

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan dikemukakan seorang mahasiswa pada program Temu Anwar di Universiti Utara Malaysia (UUM) mengenai keciciran bakat dalam kalangan bukan bumiputera kesan pelaksanaan sistem kouta di IPT.

Loading...
Terkini