comscore
Tumpuan :
Kemalangan

Suami isteri maut kereta terbabas rempuh pembahagi jalan

Anggota bomba mengeluarkan mangsa dalam kemalangan di KM 8, Jalan Lingkaran Tengah Utama (CSR) pada jam 11.30 pagi, hari ini. – FOTO: Ihsan Bomba Kuala Lipis

KUALA LIPIS: Pasangan suami isteri maut dalam apabila kereta yang mereka naiki terbabas dan merempuh pembahagi jalan di Kilometer 8, Jalan Lingkaran Tengah Utama (CSR) jam 11.30 pagi, hari ini.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man berkata, pasangan itu dalam perjalanan balik ke rumahnya di Taman Bukit Pedah, Jerantut dari Bachok, Kelantan.

Katanya, pasangan itu, Mohd Nafiah Abdul Wahab, 53, yang memandu Perodua Kancil dan isterinya, Rofidah Ahmad, 54, yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati, setiba di tempat kejadian, dipercayai pemandu telah hilang kawalan lalu terbabas merempuh pembahagi jalan,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini