comscore
Tumpuan :
Nasional

Suspek kes paku dipacak atas jalan di Rawang masih diburu 

Oleh: Fatin Hanani Sahimi

PETALING JAYA: Polis masih memburu suspek kes khianat paku yang dipacakkan di bahu Jalan Persiaran Anggun, Bandar Country Homes, di Rawang, Selangor pada 27 April lalu.

Dalam kenyataan Ibu Pejabat Daerah Polis Gombak hari ini memaklumkan siasatan masih dijalankan bagi mengenalpasti dalang perbuatan itu.

“Buat masa ini kes masih dalam siasatan.

“Dan setakat ini masih belum ada tangkapan dan maklumat berkenaan suspek yg terlibat,” menurut kenyataan itu.

Dalam kejadian 27 April lalu, seorang lelaki tempatan cedera di tapak kaki kiri dan tangan selepas terpijak paku yang dipacakkan di bahu jalan tersebut

Kejadian sama turut berulang pada keesokan harinya apabila 10 lagi paku dijumpai oleh penduduk dan pengguna di laluan sama.

Lebih mengejutkan, kepingan kaca turut ditabur dan membimbangkan pengguna di laluan itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini