comscore
Tumpuan :
Nasional

Tiga sekeluarga lemas: Suasana sayu selubungi Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu

Oleh: Fareez Azman

KUALA KUBU BHARU: Suasana pilu menyelubungi Hospital Kuala Kubu Bharu apabila ahli keluarga Allahyarham Ariff Fadzil Abdul Salleh, 43, yang ditemui lemas bersama dua anaknya mula tiba di perkarangan Unit Forensik.

Pemerhatian Buletin TV3 mendapati proses bedah siasat ke atas jenazah ketiga-tiga mangsa masih berjalan ketika ini.

Turut kelihatan di Unit Forensik, isteri Allahyarham, Azimah Azaha, 37, serta beberapa anaknya serta ahli keluarga.

Difahamkan, jenazah kesemua mangsa akan dimandi dan dikafankan di Unit Forensik di sini sebelum dibawa ke Kuala Lipis, Pahang untuk dikebumikan.

Menurut salah seorang kenalan Allahyarham yang enggan dikenali ketika ditemui Buletin TV3 memakluman Allahyarham menjalankan perniagaan motosikal klasik dan merupakan seorang rakan yang baik.

“Arwah memang suka ke sungai situ untuk berkelah. Kali terakhir saya jumpa arwah dua minggu lepas.

“Arwah ada buat perniagaan motosikal klasik, memang dia pakar dalam bidang itu,” katanya.

Allahyarham Ariff Fadzil Abdul Salleh, 43, ditemui lemas bersama anak perempuannya Dania, 9, dan anak lelakinya Abdul Malik, 6 tahun ketika berkelah di Sungai Jeram, Ngejur Jalan Batang Kali Genting di sini awal petang tadi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini