comscore
Tumpuan :
Nasional

Tular, puluhan kampit beras, sardin dibuang di tapak pelupusan sampah

Puluhan kampit beras, tin sardin dan tepung dibuang di kawasan pembuangan sampah berhampiran laluan pintasan Rumpun Makmur – Kampung Gunung Senyum, Temerloh. – Foto Tular

TEMERLOH: Gambar puluhan kampit beras, tin sardin dan tepung dibuang di kawasan pembuangan sampah berhampiran laluan pintasan Rumpun Makmur-Kampung Gunung Senyum dekat sini, tular sejak petang semalam.

Difahamkan, gambar itu mula tular selepas dimuat naik oleh beberapa pengguna media sosial Facebook dan TikTok yang kebetulan melalui jalan berkenaan.

Berdasarkan gambar itu, ada pihak mengambil tindakan membakar barangan tersebut.

Makanan itu dipercayai dibuang kerana sudah luput tarikh dan rosak akibat disimpan terlalu lama.

Namun sehingga kini belum ada pihak tampil mengaku atau menafikan dakwaan berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini