comscore
Tumpuan :
Nasional

Ubat seludup hampir RM1 juta dirampas

Oleh: Fazli Ahmad

KUANTAN: Jabatan Kesihatan Pahang merampas 116 jenis ubat dan 49 produk kosmetik tidak berdaftar bernilai RM1 juta dijual secara dalam talian.

Pengarahnya, Datuk Dr Rusdi Abd Rahman, berkata rampas itu dilakukan hasil serbuan di tiga rumah dan sebuah kenderaan di sekitar Kuantan, semalam.

Menurutnya, semua ubat itu dipercayai diseludup dari luar negara dan mengandungi pelbagai bahan terkawal termasuk merkuri serta steroid.

Katanya, siasatan mendapati  penjualan produk itu diurus sebuah sebuah syarikat dan pasarannya dilakukan secara dalam talian.

“Semua produk itu dipercayai memberi pelbagai kesan kesihatan kepada pengguna,”

“Siasatan juga mendapati ubat dan kosmetik itu turut dijual ke luar negara,”

“Kegiatan itu dipercayai sudah lama dilakukan dan terbongkar selepas enam bulan siasatan dilakukan.” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Rusdi berkata, orang ramai dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai iklan atau testimonial di media sosial dan laman sesawang terutama membuat tuntutan perubatan tidak munasabah.

Menurutnya,  siasatan terhadap syarikat menjual ubat tidak berdaftar itu dilakukan mengikut Peraturan 7(1)(a) dan Peraturan 18A(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 serta boleh dihukum di bawah Seksyen 12(1) Akta Jualan
Dadah 1952.

Sabit kesalahan boleh dipenjara hingga lima tahun dan denda RM100,000.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini