comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] ‘Berpotluck’ sambil imbau nostalgia


Oleh: Ain Shafiqah Zaki

KUALA LUMPUR: Makan bersama secara ‘potluck’ sambil mengimbau nostalgia.

Pendekatan itu digunakan komuniti Desa Pandan Kuala Lumpur sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Rata-rata tetamu yang hadir membawa juadah atau ‘potluck’ untuk dihidang sekaligus memeriahkan lagi sambutan lebaran.

Menurut salah seorang penduduk, Siti Asmah Mohd Hassan aktiviti ‘potluck’ ini bukan sahaja ketika sambutan Aidilfitri, bahkan jika ada sebarang keraian komuniti akan berbincang untuk mengadakan jamuan ‘potluck’ supaya dapat mengelakkan pembaziran makanan.

Tetamu yang hadir juga akui meskipun sambutan itu diadakan secara tradisi, tahun ini ternyata ia paling meriah kerana turut mendapat kerjasama daripada beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

“Kita melibatkan 28 NGO dan agensi. Serta mempunyai lima rakan kerjasama manakala terdapat 2 penganjur bersama. Maknanya ada lebih 30 badan terbabit harini,” ujar Afifuddin Hassan selaku penganjur program itu.

Sambutan Aidilfitri di kawasan ini ibarat serampang dua mata kerana selain daripada mengeratkan silaturrahim dalam kalangan penduduk komuniti, ia juga dapat mengimbau kembali nostalgia perayaan Aidilfitri sewaktu membesar di kawasan ini.

Penduduk berharap sambutan seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan dan turut mendapat sambutan masyarakat dari luar kawasan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini