comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Sanggup tinggalkan kawan kerana bimbang ditahan polis

Dua lelaki warganegara asing bertindak melarikan diri daripada polis dipercayai akibat panik kerana menunggang motosikal tanpa lesen. – Tangkap layar dari video tular

KLANG: Gara-gara panik dua lelaki warganegara asing bertindak melarikan diri dengan motosikal dinaiki mereka selepas bertembung dengan anggota polis yang sedang melakukan rondaan di Jalan Pasar Malam, Meru dekat sini, semalam.

Video kejadian itu yang kemudiannya tular di media sosial memaparkan penunggang motosikal terbabit lari meninggalkan rakannya yang turun awal kerana diarahkan polis supaya berhenti.

Pembonceng motosikal itu kemudian bagaimanapun turut melarikan diri.

Video dipercayai dirakam seorang pemandu kereta yang kebetulan berada berhampiran tempat kejadian.

Tangkap layar dari video tular

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata dalam kejadian sekitar jam 1 tengah hari itu, anggota unit kereta peronda (MPV) sedang melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan Meru.

“Anggota MPV kemudian terserempak dengan dua lelaki berkenaan di lampu isyarat Jalan Pasar Malam dan mereka dilihat dalam keadaan mencurigakan.”

Tangkap layar dari video tular

“Anggota kemudian meminta dua lelaki berusia 30 an itu berhenti bagaimanapun kedua mereka melarikan diri dan berjaya ditahan selepas dikejar kira-kira 70 meter,” katanya.

Pemeriksaan terhadap kedua-dua lelaki itu mendapati mereka membuat dokumen perjalanan sah dan tidak membawa barang yang menyalahi undang-undang.

Polis kemudian mengeluarkan saman kepada penunggang motosikal kerana menunggang tanpa lesen,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, rakaman yang memaparkan dua lelaki itu lari dari kereta peronda polis tular di media sosial.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini