comscore
Tumpuan :
Nasional

Wanita warga emas maut dalam kebakaran rumah

Wanita warga emas rentung dalam kebakaran di Kampung Sungai Kapur, Jalan Ulu Dusun, Batu 28, Sandakan. – FOTO: Bomba

SANDAKAN: Seorang wanita warga emas berusia 84 tahun ditemukan rentung selepas rumah yang didiami terbakar di Kampung Sungai Kapur, Jalan Ulu Dusun Batu 28, tengah malam tadi.

Ketua Balai dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Severinus Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 12.41 tengah malam.

Katanya, seramai 12 anggota dan pegawai bersama dua jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalakan operasi memadam kebakaran.

“Seorang wanita warga emas ditemukan rentung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan kawasan kebakaran selamat sebelum operasi ditamatkan pada jam 3.17 pagi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini