comscore
Tumpuan :
Nasional

Warga emas maut, nahas babitkan dua kenderaan

FOTO: Ihsan JBPM Johor

Oleh: Zahir Senapiah

KLUANG: Seorang warga emas maut selepas kereta Perodua Viva yang dipandunya bertembung dengan sebuah van yang datang dari arah bertentangan, di kilometer 63.5 jalan Johor Bahru – Ayer Hitam pagi tadi.

Ketua Polis daerah Kluang, ACP Bahrin Mohd Noh berkata, kemalangan dilaporkan berlaku  ketika kereta yang dipandu warga emas berkenaan hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah van yang dipandu seorang lelaki berumur 30 tahun.

Akibat kemalangan berkenaan lelaki warga tempatan yang berumur 63 tahun itu cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan.

FOTO: Ihsan JBPM Johor

Manakala pemandu van yang turut cedera telah dihantar ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom Kluang untuk menerima rawatan.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor memaklumkan pihaknya menerima panggilan kemalangan berkenaan jam 11.57 pagi.

Katanya, sebuah jentera bersama 7 anggota dikejarkan ke lokasi diketuai Pegawai bomba kanan dua, Shahromi Salleh.

FOTO: Ihsan JBPM Johor

“Sebaik tiba anggota telah berusaha mengeluarkan pemandu Viva yang tersepit di tempat duduk pemandu menggunakan peralatan khas. Bagaimanapun mangsa yang berumur 63 tahun itu disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya.

Manakala Pemandu van  yang turut cedera dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini