comscore
Tumpuan :
Nasional

Zaini Ujang terima Anugerah Tokoh SPAN

PETALING JAYA: Sumbangan dan kepakaran Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang dalam industri perkhidmatan air negara mendapat pengiktirafan apabila beliau menerima Anugerah Tokoh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Anugerah disampaikan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Fadillah Yusof pada Majlis Makan Malam dan penyampaian Anugerah Industri Perkhidmatan Air 2023 anjuran Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Persatuan Air Malaysia (MWA) di ibu negara.

Datuk Seri Ir. Dr. Zaini yang juga merupakan pakar dalam bidang rawatan air dan sisa, merupakan individu penting dalam usaha pemulihan sungai dan konservasi air negara.

Penganjuran majlis tersebut adalah serentak dengan program dwi-tahunan iaitu AsiaWater yang telah masuk kali ke-13 penganjurannya di Malaysia melibatkan 700 wakil pemain industri dari dalam dan luar negara.

Selain anugerah Tokoh SPAN, beberapa anugerah lain turut disampaikan kepada para pemain industri yang menunjukkan prestasi teladan sepanjang hampir 17 tahun SPAN menjalankan fungsi sebagai badan kawal selia bagi perkhidmatan air untuk negeri-negeri di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Tujuan utama anugerah adalah bagi menyatakan penghargaan terhadap komitmen berterusan pemain industri dalam mentransformasikan perkhidmatan air melalui pemindahan teknologi, penerokaan inovasi dan daya usaha berterusan dalam merealisasikan Malaysia selaku hub industri air yang berdaya maju.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini