comscore
Tumpuan :
Sukan

Argentina cemas sebelum kalahkan Costa Rica

Pemain Liverpool, Alexis Mac Allister menanduk masuk gol kedua Argentina pada aksi menentang Costa Rica di Los Angeles. FOTO: Reuters

LOS ANGELES: Juara dunia Argentina, melengkapkan siri jelajah dua perlawanan di Amerika Syarikat dengan kemenangan kedua menewaskan Costa Rica 3-1 di Los Angeles pagi tadi.

Bagaimanapun tanpa kapten Lionel Messi yang masih cedera, Argentina ditentang hebat Costa Rica sebelum bangkit menerusi tiga gol pada babak kedua, pada aksi yang berlangsung di Los Angeles Memorial Coliseum itu.

Costa Rica mendahului pada minit ke-34 selepas rembatan Alvaro Zamora leret yang ditampan penjaga gol Argentina, Walter Benitez.

Tampanan Benitez bagaimanapun  pantas disambar Manfred Ugalde untuk kedudukan 1-0.

Selepas rehat Argentina yang dikendalikan Lionel Scaloni meneruskan penguasaan.

Tujuh minit memasukki babak kedua Argentina menyamakan kedudukan menerusi pemain berpengalaman yang juga bertindak selaku ketua pasukan Angel Di Maria menerusi sepakan percuma menarik.

Sejurus kemudian penjaga gol Costa Rica Keylor Navas tewas lagi, kali ini hasil tandukan pemain Liverpool, Alexis Mac Allister selepas percubaan Nicolas Tagliafico terkena palang susulan sepakan sudut.

Penyerang Inter Milan, Lautaro Martinez melengkapkan kemenangan 3-1 Argentina pada minit ke-77, selepas menyambut lorongan cantik Rodrigo De Paul sebelum bijak mengelirukan Navas.

Aksi perlawanan persahabatan pertama pada Sabtu di Philadelphia, Argentina menewaskan El Salvador 3-0

Loading...
Terkini