comscore
Tumpuan :
Sukan

Bukan masanya untuk menyalahkan sesiapa – Rexy

KUALA LUMPUR: Ketika persiapan skuad badminton negara dilihat ‘serba tidak kena’ menghadapi saingan  Piala Thomas yang dijadual berlangsung pada 27 April hingga 5 Mei ini, Pengarah kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky menegaskan, sekarang bukan masanya bersikap menuding jari kepada satu sama lain.

Antara yang hangat diperkatakan dengan keputusan pemain profesional Lee Zii Jia untuk tidak menyertai latihan pusat Piala Thomas yang dijadualkan berlangsung selama seminggu juga kemungkinan Ng Tze Yong terpaksa diketepikan susulan kecederaan yang belum pulih.

Bagi Rexy, BAM harus diberi kepercayaan untuk melakukan yang terbaik menyelesaikan apa jua kesukaran.

“Bukan masanya untuk menyalahkan sesiapa”, kata Rexy

“Jika kita tidak mahu melihat sesuatu itu negatif, jadi kita perlu berfikiran positif dan terus melangkah ke hadapan.

“Betul, Zii Jia tidak bersama kita dalam latihan pusat, jadi kita kena percaya kepada pasukannya dan jurulatih (Wong Tat Meng) melakukan persiapan terbaik untuk skuad kebangsaan,”

Mengenai situasi yang melanda Tze Yong, Rozy melihat ini bukanlah saingan berpasukan kali pertama disertai Malaysia.

“Kita berpengalaman dan mampu melakukan perancangan menghadapinya,” kata Rexy.

Terdahulu keputusan BAM untuk memberi pampasan kepada Zii Jia susulan isu penajaan yang membolehkannya menyarung jersi kebangsaan untuk kempen Piala Thomas, mengundang kritikan banyak pihak.

Hari ini pasukan Lee Zii Jia mengeluarkan pula kenyataan Zii Jia tidak akan menghadiri latihan pusat dan hanya bersama skuad kebangsaan ketika berlepas ke China pada 24 April.

BAM turut dipersoalkan kenapa memperjudikan Tze Yong untuk disenaraikan dalam kempen Piala Thomas, sedangkan dia dilihat belum betul-betul pulih daripada kecederaan.

Pada saingan Piala Thomas kali ini, Malaysia dalam Kumpulan D bersama Denmark, Hong Kong dan Algeria.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini