comscore
Tumpuan :
Sukan

China tumpaskan Indonesia untuk julang Piala Thomas kali ke-11

He Ji Ting -Ren Xiang Yu raih mata kemenangan China tewaskan Indonesia 3-1 untuk kejuaraan kali ke-11 Piala Thomas. – FOTO: BWF

PETALING JAYA: China mencipta kejuaraan berganda di hadapan penyokong sendiri apabila menjulang Piala Thomas di Chengdu sebentar tadi selepas skuad wanitanya merangkul Piala Uber pada saingan sebelah pagi.

China meraih mata pertama menerusi pemain nombor dua dunia Shi Yu Qi yang mengalahkan Anthony Sinisuka Ginting.

Ginting yang mendudukki ranking ke-7 dunia nyata tercari-cari rentak sebelum akur dengan kekalahan 17-21,6- 21 dalam masa 43 minit.

Tuan rumah yang kali terakhir bergelar juara pada 2018, meraih mata kedua menerusi beregu nombor satu dunia, Liang Wei Keng – Wang Chang.

Mereka bagaimanapun dipaksa bekerja keras menjinakkan Fajar Alfian -Muhammad Rian Ardianto sebelum meraih kemenangan 21-18,17-21,21-17  dalam masa 64 minit.

Indonesia kembali mencemaskan China apabila merapatkan kedudukan hasil kemenangan Jonatan Christie ke atas Li Shi Feng dalam permainan sengit  yang berlarutan 1 jam  17 minit, 21-16,15-21, 21-17

Begitupun percaturan China yang menurunkan He Ji Ting -Ren Xiang Yu selaku beregu kedua nyata berbaloi apabila mereka memastikan kemenangan 3-1 selepas mudah menundukkan Muhammad Shohibul Fikri – Bagas Maulana 21-11 21-15 cuma dalam masa 38 minit.

Kejuaraan ini kali ke-11 buat China manakala Indonesia tewas buat kali kedua berturut-turut selepas dikecewakan India 0-3 di Bangkok pada 2022.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini