comscore
Tumpuan :
Sukan

 Empat pemain dapat keutamaan Sarjit

Faizal Saari (kanan) bersama Fitri Saari mendapat kepercayaan Sarjit.-Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih hoki kebangsaan Sarjit Singh mengesahkan empat daripada 30 pemain yang berada dalam senarai latihan menghadapi Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah sudah dipilihnya.

Mereka ialah penjaga gol Hafizuddin Othman, pemain pertahanan Marhan Jalil dan dua adik beradik Faizal Saari (penyerang) dan pemain tengah, Fitri Saari

Faizal dan Fitri yang ketika ini beraksi bersama Mohammedan Sporting Club dalam Liga Bangladesh dan akan menyertai latihan skuad kebangsaan minggu hadapan

“Empat pemain berpengalaman ini akan membimbing rakan lain dalam pasukan,” kata Sarjit.

Keputusan yang dibuat Sarjit, bermakna 26 pemain lain akan bersaing untuk berada dalam senarai 14 pemain terakhir.

Pasukan kebangsaan yang berada di kedudukan ke-13 dunia dijadual mengadakan perlawanan persahabatan menentang New Zealand (No 10 dunia) pada 1 Mei diikuti Korea Selatan (11 dunia) pada 2 Mei di Ipoh.

Selain New Zealand dan Korea Selatan, turut mengambil bahagian pada saingan Piala Sultan Azlan Shah ialah Pakistan (15 dunia), Japan (16 dunia), Canada (19 dunia),

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini