comscore
Tumpuan :
Sukan

Kedudukan semasa (Piala Thomas Kumpulan D) : Malaysia 1 Denmark 2

Aaron-Wooi Yik raih mata penyamaan kalahkan  Kim Astrup – Anders Skaarup Rasmussen 17-21,21-17,21-16. FOTO: BAM

PETALING JAYA: Perlawanan terakhir Kumpulan D, pertemuan Malaysia menentang Denmark di Chengdu, China  terus rancak menyaksikan skuad negara ketika ini ketinggalan 1-2.

Sebentar tadi Denmark meraih mata kedua apabila perseorangan kedua, Anders Antonsen mengalahkan Leong Jun Hao 21-14, 21-10 dalam tempoh 41 minit.

Jun Hao tewas 14-21,10-21 kepada Anders Antonsen untuk mata kedua Denmark. FOTO: BAM

Malaysia sebelum itu mengikat kedudukan 1-1 selepas beregu utama negara, Aaron Chia – Soh Wooi Yik  bangkit mengatasi gandingan Kim Astrup – Anders Skaarup Rasmussen.

Tewas 17-21 pada set pertama, tumpuan Aaron-Wooi  Yik nyata tidak terjejas.

Mereka kembali bersaing mengheret permainan ke set penentuan apabila menang 21-17 pada set kedua.

Perlawanan tambah rancak pada set penentuan disulami dengan tindakan pasangan Denmark yang membantah keputusan pegawai perlawanan.

Namun beregu negara tetap fokus untuk memastikan mata penyamaan negara, menang set penentuan 21-16 selepas perlawanan berlanjutan 63 minit.

Terdahulu Denmark mendahului 1-0 selepas pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen mengalahkan Lee Zii Jia 21-16, 22-24.

Berlangsung ketika ini perlawanan beregu kedua, Goh Sze Fei yang bergandingan dengan Nur Izzuddin Rumsani berdepan Rasmus Kjaer – Frederik Sogaard.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini