comscore
Tumpuan :
Sukan

Laluan makin berliku Harimau Malaya ke Piala Dunia

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Dua jaringan lewat setiap babak yang dihasilkan Oman menyaksikan Malaysia akur tewas 0-2 pada aksi kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.

Bermula garang menerusi percubaan pemenang anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP), Arif Aiman Hanapi yang diselamatkan penjaga gol Oman, Ibrahim Al Mukhaini, cengkaman Harimau Malaya mula longgar selepas itu.

FOTO: NSTP

Lebih malang pemain pertahanan kanan negara, Azam Azmi Murad terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan dan digantikan dengan Daniel Ting pada minit ke-26.

Namun penjaga gol Ahmad Syihan Hazmi beraksi cemerlang memagari pintu gol ketika benteng pertahanan tampak mudah ditembusi jentera serangan Oman.

Ketika aksi babak pertama tampak akan berakhir tanpa jaringan, Ahmad Syihan bagaimanapun akhirnya tertewas juga dengan jaringan penalti Omer Al Maliki pada masa kecederaan selepas dia menjatuhkan Muhsen Saleh Al Ghassani.

FOTO: NSTP

Selepas rehat pengusaan permainan jelas milik Harimau Malaya. Bagaimanapun Harimau Malaya terus buntu untuk mendapatkan gol penyamaan apabila gerakan yang diatur terutama menerusi hantaran lintang mudah dipatahkan pertahanan Oman.

Sebaliknya, Oman mengukuhkan kedudukan apabila Mohammed Mubarak Al Ghafri meledak gol kedua pasukannya sekali lagi pada masa kecederaan.

Kekalahan 0-2 menyaksikan Malaysia kekal di tangga ketiga dengan enam mata selepas tiga perlawanan.

Oman dan Kyrgyzstan pula berkongsi sembilan mata namun kemenangan 5-1 Kyrgzstan ke atas Taiwan pada satu lagi perlawanan malam ini membolehkan mereka kekal selaku pendahulu Kumpulan ‘D’.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini