comscore
Tumpuan :
Sukan

Muhyyiddin digantung setahun oleh MBL kerana cubaan atur perlawanan

Foto: MPL

KUALA LUMPUR: Mobile Legends: Bang Bang Profesional League (MPL) Malaysia mengenakan hukuman gantung setahun terhadap pemain e-Sukan, Nik ‘Dominus” Muhyyiddin kerana percubaan mengatur perlawanan.

Muhyyiddin juga didakwa menawarkan insentif kewangan kepada pasukan Bountee Esports sebagai dorongan untuk tewas pada satu perlawanan dalam saingan MPL MY musim ke 13 yang masih berlangsung.

Jawatankuasa MPL dalam satu kenyataan hari ini berkata siasatan mereka yang turut mengaitkan pasukan Bountee Esports dan pemainnya adalah serius melanggar nilai-nilai intregriti dan profesionalisma.

Bagaimanapun Bountee Esports didapati tidak melakukan kesalahan dan sebaliknya mereka komited memperkukuhkan operasi dan pengurusan mereka dalam liga.

“Sebagai badan kebangsaan yang telah lama menganjurkan Liga e-sukan, MPL Malaysia sentiasa memartabatkan nilai profesional dan pengurusan yang tinggi,

“Ia termasuklah tidak ada  sebarang toleransi berkaitan unsur mengatur perlawanan sebagaimana yang termaktub dalam peraturan yang ditetapkan.

“Tidak ada pemain sesuatu pasukan, menawarkan, bersetuju, konspirasi  atau mencuba untuk mempengaruhi keputusan perlawanan, jika ia berlaku bermakna telah melanggar peraturan.

“Kami sentiasa menyokong dasar Garis Panduan Pembangunan e-Sukan Kebangsaan (NESDEG), yang diperkenalkan Kementerian Belia dan Sukan pada 2023,

“Penting bagi kami untuk meningkatkan usaha untuk rangka landskap e-Sukan kebangsaan untuk tahun ini dengan Malaysia mengalu-alukan kehadiran pasukan handalan Mobil Legends: Bang Bang sebagai tuan rumah Kejuaaraan Dunia M6.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini