comscore
Tumpuan :
Sukan

Padang SNBJ akan ditukar dari Zeon Zoysia kepada hibrid

Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dan Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Windsor John. – FOTO: JOHOR Southern Tigers / Facebook

KUALA LUMPUR: Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), gelanggang rasmi pasukan Harimau Malaya, akan menggunakan rumput jenis hibrid, menggantikan Zeon Zoysia yang ada sekarang.

Rumput berkenaan disumbangkan oleh Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail yang juga pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Perkembangan itu disahkan menerusi satu kenyataan di laman Facebook rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers.

Inisiatif itu dititahkan oleh Tunku Mahkota Ismail selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia, Datuk Seri Windsor John, semalam.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memeriksa rumput jenis hibrid di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin semalam. – FOTO: JOHOR Southern Tigers / Facebook

“Hasil kaji selidik yang dijalankan di padang Stadium Nasional menunjukkan rumput hibrid lebih memenuhi keperluan stadium pelbagai guna kerana ketahanan dan fleksibilitinya sesuai untuk acara sukan serta bukan sukan.

“Berdasarkan hasil kaji selidik itu dan kejayaan penyelidikan yang dijalankan oleh Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim di Larkin, Tunku Mahkota Ismail akan mendermakan rumput jenis hibrid yang sedang ditanam di Stadium Tan Sri Hassan Yunos kepada Stadium Nasional.

“Rumput Zeon Zoysia yang didermakan oleh Baginda kepada Stadium Nasional sebelum ini akan dibuka dan dipasang di padang Majlis Sukan Negara, KL Sports City.

“Padang itu sering digunakan oleh Sekolah Sukan Bukit Jalil dan pasukan bola sepak negara,” jelas kenyataan itu.

Padang jenis hibrid itu adalah gabungan penggunaan rumput asli dan rumput sintetik pada kadar yang sama untuk memaksimakan kelebihan masing-masing.

Kualiti padang di SNBJ sentiasa menjadi perhatian setiap kali membabitkan aksi Harimau Malaya kerana ia turut digunakan bagi penganjuran acara lain termasuk konsert.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini