comscore
Tumpuan :
Sukan

Pan Gon simpati nasib Azam

Azam hanya sempat beraksi 26 minit menentang Oman semalam sebelum dikeluarkan akibat kecederaan. FOTO: Ihsan FAM

KUALA LUMPUR: Jurulatih Harimau Malaya Kim Pan Gon, berkongsi simpati nasib yang menimpa pemain pertahanan muda Azam Azmi Murad yang mengalami kecederaan ketika beraksi bersama skuad senior Harimau Malaya dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Oman, semalam.

Lebih malang kecederaan itu memungkinkan pemain Terengganu FC itu bakal terlepas saingan Piala Asia bawah 23 (B-23) tahun di Qatar, bulan depan.

Azam dilihat meninggalkan Stadium Nasional, Bukit Jalil dengan bertongkat dan memakai pendakap di bahagian pergelangan kakinya

“Saya berasa kecederaannya serius dan sukar untuk dia ke Piala Asia B-23. Saya simpati dengan nasib yang menimpanya,” kata Pan Gon pada sidang media selepas perlawanan semalam.

Azam yang diletakkan dalam kesebelasan utama sempat beraksi 26 minit sebelum mengalami kecederaan ketika dia melakukan terjahan untuk menghalang pemain Oman.

Kecederaannya tampak serius dengan dia diusung keluar dan memaksa Pan Gon menggantikan tempatnya dengan Daniel Ting.

Bagi Piala Asia B-23, skuad negara yang diundi dalam Kumpulan D akan membuka saingan menentang Uzbekistan pada 17 April diikuti aksi bertemu Vietnam (20 April) dan Kuwait (23 April).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini