comscore
Tumpuan :
Sukan

Piala Thomas: Malaysia berdepan Jepun di suku akhir

Beregu negara, Aaron Chia (kiri) dan Soh Wooi Yik terus menjadi sandaran skuad Piala Thomas negara pada saingan suku akhir menentang Jepun petang ini di Pusat Sukan Chengdu High-tech Zone, Chengdu, China. – FOTO: BAM

KUALA LUMPUR: Skuad Piala Thomas negara diundi bertemu Jepun pada aksi suku akhir petang ini selepas satu majlis undian berlangsung di Chengdu, China malam tadi.

Dalam majlis undian berkenaan, juara 14 kali Indonesia yang memimpin Kumpulan C diundi bertemu naib juara Kumpulan A, Korea Selatan manakala tuan rumah China (juara 10 kali) diundi bertemu India.

Denmark pula akan bertemu Taiwan pada satu lagi aksi suku akhir.

Kelmarin, Malaysia menamatkan saingan Kumpulan D selaku naib juara selepas tewas 3-2 di tangan Denmark yang selepas ini bakal turun ke gelanggang bertemu Taiwan untuk satu lagi saingan suku akhir.

Laluan peringkat awal menyaksikan Malaysia berjaya menewaskan Hong Kong dan Algeria, masing-masing dengan keputusan 5-0 sebelum akur tewas 3-2 di tangan Denmark pada perlawanan terakhir kumpulan.

Kekalahan itu menyaksikan Malaysia muncul selaku naib juara kumpulan manakala Denmark yang dibarisi pemain perseorangan nombor satu dunia, Viktor Axelsen meraih gelaran juara.

Pada edisi ke-32 di Nonthaburi, Thailand dua tahun lalu, skuad Piala Thomas negara menamatkan kempen di suku akhir apabila tewas 3-2 di tangan India, pasukan yang muncul juara selepas menewaskan Indonesia di pentas final.

Undian suku akhir Piala Thomas

China mln India

Jepun mln MALAYSIA

Korea Selatan mln Indonesia

Taiwan mln Denmark

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini