comscore
Tumpuan :
Sukan

Piala Thomas: Malaysia mara ke separuh akhir selepas menyingkirkan Jepun

FOTO: Ihsan BAM

KUALA LUMPUR: Malaysia mara ke separuh akhir Piala Thomas selepas beregu lelaki nombor dua negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei muncul wira menghadiahkan mata kemenangan pada aksi suku akhir, sebentar tadi.

Pasangan ranking ke-15 dunia itu bangkit daripada kekalahan set pertama untuk mengatasi pasangan Jepun yang berada di kedudukan ke-16 dunia, Akira Koga-Taichi Saito dalam pertarungan tiga set 18-21, 21-15, 21-12 pada aksi yang berlangsung di Pusat Sukan Chengdu High-Tech Zone, China.

FOTO: Ihsan BAM

Kemenangan itu membolehkan Malaysia meraih mata ketiga untuk menyingkirkan Jepun 3-1.

Terdahulu, pemain perseorangan lelaki pertama negara, Lee Zii Jia menyumbang mata pertama Malaysia selepas menewaskan Kenta Nishimoto tetapi gandingan utama, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tewas di tangan Takuro Hoki-Yugo Kobayashi.

FOTO: Ihsan BAM

Bagaimanapun, pemain perseorangan lelaki kedua negara, Leong Jun Hao kembali meletakkan Malaysia 2-1 di depan selepas mengatasi, Koki Watanabe.

Kejayaan itu menyaksikan Malaysia menamatkan kemarau lapan tahun untuk mara ke separuh akhir sejak kali terakhir pada edisi 2016 di Kunshan, China.

FOTO: Ihsan BAM

Kali terakhir skuad negara menjuarai Piala Thomas adalah pada edisi 1992 di Kuala Lumpur.

Malaysia akan bertemu pemenang perlawanan antara China dengan India dalam satu lagi aksi suku akhir yang masih lagi berlangsung ketika ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini