comscore
Tumpuan :
Sukan

Uzbekistan tak ‘kisah’ laungan penyokong Garuda

Timur Kapadze. FOTO: Reuters

PETALING JAYA: Bukan rahsia lagi Stadium Abdullah Bin Khalifa antara gelanggang saingan Piala Asia B-23 di Doha memang sinonim dengan pasukan Indonesia.

Malah stadium yang berkapasiti 12 ribu penonton itu dianggap ‘home’ buat skuad bimbingan Shin Tae Yong apabila menang kesemua tiga perlawanan di arena terbabit.

Bagaimanapun ‘fakta’ itu tidak menggentarkan pengendali Uzbekistan, Timur Kapadze menjelang aksi separuh akhir berdepan Indonesia di stadium berkenaan malam ini.

“Stadium itu pastinya dibanjiri penyokong Indonesia, tetapi tidak sesekali menjejaskan kami kerana kami memiliki pengalaman beraksi di hadapan penonton yang ramai,” kata Kapadze.

Pada saingan Kumpulan A, Indoesia mencipta dua kejutan di Stadium Abdullah Bin Khalifa, mengalahkan Australia 1-0 dan Jordan 4-1.

Paling sensasi juga di arena sama, mengenepikan pasukan pilihan Korea Selatan menerusi penentuan sepakan penalti 11-10 selepas terikat 2-2.

Apa pun menyusuri perjalanan Uzbekistan sehingga ke separuh akhir, tuah gelanggang yang menyebelahi lawan bukan sesuatu yang menggentarkan mereka.

Uzbekistan satu-satunya  pasukan yang mara ke separuh akhir dengan rekod kemenangan bersih empat perlawanan dengan rekod 12 jaringan tanpa bolos.

“Setiap perlawanan memang sukar buat kami, terutama ketika menentang Arab Saudi,

“Esok (malam ini) satu lagi perlawanan dan kami seperti biasa akan menghadapinya,

“Kami memiliki perancangan menentang Indonesia dan akan melaksanakannya pada perlawanan nanti,’ ujar Kapadze.

Sebagai rekod, Uzbekistan muncul juara Kumpulan D menewaskan Malaysia 2-0, Kuwait 5-0 dan Vietnam 3-0 dan mara ke suku akhir sebelum menumpaskan juara bertahan Arab Saudi 2-0.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini