comscore
Tumpuan :
Sukan

Zii Jia sah layak ke Olimpik Paris, Tze Yong meniti laluan sukar

KUALA LUMPUR: Perseorangan utama negara, Lee Zii Jia mengesahkan kedudukannya di Sukan Olimpik Paris 2024, namun situasi sukar terpaksa dilalui seorang lagi pemain kebangsaan NgTze Yong.

Pada undian Kejuaraan Asia yang dikeluarkan Persatuan Badminton Asia, Zii Jia, pemain nombor 10 dunia memulakan kempen menentang pemain India, Priyanshu Rajawat.

Tze Yong, pemain ke-18 dunia, sekiranya berhasrat menuruti jejak  Zii Jia ke Paris, dia mesti mara sekurang-kurangya ke separuh akhir Kejuaraan Asia itu yang dijadual berlangsung pada 9 April hingga 14 April.

Lebih membimbangkan Tze Yong masih dalam proses pemulihan kecederaan belakang yang memungkinkan menjejaskan kecergasannya.

Cuma 16 pemain layak ke Olimpik Paris dan Tze Yong kini di kedudukan ke-17.

Kejuaraan Asia ialah kejohanan kelayakan terakhir untuk kutipan mata ke Sukan Olimpik.

Tempoh setahun masa kelayakan Olimpik Paris 2024 bermula Mei tahun lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini