comscore
Tumpuan :
Dunia Seni

[VIDEO] Jenazah Jaafar Onn tiba di Muar

MUAR: Jenazah pelakon veteran Jaafar Onn selamat tiba di kampung halamannya di Tanjung Gading, di sini petang tadi disambut dengan linangan air mata.

Ia tiba jam 4.58 petang selepas bertolak dari Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.

Ketibaan van membawa jenazah disambut ahli keluarga terdekat selain jirannya.

Sebaik tiba, jenazah itu dibawa masuk ke rumah keluarganya untuk disembahyangkan.

Suasana kemudian bertukar pilu apabila jenazah Allahyarham Jaafar Onn diletakkan di ruang tamu rumah pusakanya.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Firdaus, Tanjung Gading selepas waktu Maghrib.

Allahyarham meninggal dunia pagi tadi ketika menjalani prosedur endoskopi.

Kesihatan Jaafar Onn merosot sebelum ditahan wad HSIS selepas mengalami pendarahan semasa membuang air besar.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini