comscore
Tumpuan :
Tular

Di manakah Fulmina ?

Wajah Fulmina Abdul Ghufur yang dilaporkan hilang. Ihsan PDRM.

KUALA LUMPUR: Fulmina Abdul Ghufur, kanak-kanak perempuan warga Myanmar berusia 11 tahun yang dilaporkan hilang sejak beberapa hari lalu, masih belum ditemui.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff, memaklumkan kes itu diklasifikasi sebagai Kertas Enkuari Polis Orang Hilang (KEP OH).

“15 Februari lalu, kanak-kanak ini memberitahu bapanya dia mahu ke kedai membeli makanan di tingkat bawah rumah, namun kira-kira 30 minit kemudian mangsa belum pulang sehingga menyebabkan bapanya mula mencari di kawasan berhampiran kedai.

“Bapanyai turut mencari di rumah rakannya dan di sekitar Taman Muda. Kejadian ini adalah yang pertama dan tiada pergaduhan atau perselisihan faham antara mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Noor Azmi berkata, kanak-kanak itu adalah pemegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).

Kehilangannya turut disebarkan menerusi Nur Alert dan usaha mengesan serta mencari mangsa sedang giat dilakukan.

Loading...
Terkini