comscore
Tumpuan :
Tular

Kanak-kanak Myanmar hilang

Fulmina Abdul Ghufur, 11, yang dilaporkan hilang oleh keluarganya. Ihsan PDRM.

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan warga Myanmar berusia 11 tahun dilaporkan hilang oleh keluarganya, sejak semalam.

Kehilangan Fulmina Abdul Ghufur dilaporkan ibu bapanya di Balai Polis Pandan Indah, pada jam 4.08 petang, hari kejadian.

Kanak-kanak itu dilaporkan hilang di Jalan Bunga Tanjung 7, Taman Muda, Ampang Jaya dan kali terakhir dilihat memakai kemeja T berwarna hijau dan berseluar hitam.

Kanak-kanak itu digambarkan mempunyai ketinggian kira-kira 160 sentimeter, berat badan 45 kilogram, berbadan kurus, berkulit putih dan hidung mancung.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah mengeluarkan hebahan pencarian Nur Alert dalam usaha mengesan kanak-kanak itu.

Orang ramai yang ada menjumpai atau mempunyai maklumat mengenai kanak-kanak itu diminta berhubung dengan pegawai penyiasat, Inspektor Shahidatul Nur Mohd Yusoff di talian 011-15316560 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang di talian 03-42897222.

Loading...
Terkini