comscore
Tumpuan :
Tular

Sajat dirujuk ke JAIS

KUALA LUMPUR: Isu identiti membabitkan usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Sajat akan dirujuk ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Paimuzi Yahya, memaklumkan JAIS mempunyai langkah sesuai dalam mengendali isu itu.

“Agar kerja yang dilakukan bijaksana, hikmah dan tuntas.

“Kali ini kita sudah mohon kerjasama JAIS untuk mengambil langkah yang bersesuaian di bawah bidang kuasa negeri Selangor,” katanya dalam ciapan di Twitter beliau, hari ini.

Paimuzi mengulas kenyataan Sajat semalam, yang memaklumkan sedia bertemu JAKIM untuk menyelesaikan isu identiti dirinya melalui saluran rasmi, selepas kontroversi yang tercetus ketika mengerjakan umrah baru-baru ini.

Sajat mahukan panduan jelas dan terperinci bagi menyelesaikan isu identiti dirinya, selain mendakwa usahanya sebelum ini tidak mendapat kerjasama penuh daripada agensi agama itu.

Sebelum ini, tindakan Sajat memakai telekung ketika mengerjakan ibadat umrah dan berkongsi gambar menerusi media sosial menimbulkan kontroversi dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Loading...
Terkini