comscore
Tumpuan :
Nasional

SPRM dapat izin dakwa Guan Eng

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) mendapat izin mendakwa daripada Peguam Negara bagi menuduh bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada ketetapan seperti berikut:

  • Tarikh: 7 Ogos 2020 (9 pagi)
  • Lokasi: Mahkamah Khas Rasuah, Jalan Duta, Kuala Lumpur
  • Kesalahan: Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009

  • Tarikh: 10 Ogos 2020 (9 pagi)
  • Lokasi: Mahkamah Sesyen Pulau Pinang
  • Kesalahan: Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Kedua-dua pertuduhan di Mahkamah Kuala Lumpur dan Pulau Pinang ini adalah berkaitan kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Sementara itu, SPRM turut mendapat izin mendakwa daripada Peguam Negara untuk Lim Guan Eng bagi kes berlainan pada ketetapan seperti berikut:

  • Tarikh: 11 Ogos 2020 (9 pagi)
  • Lokasi: Mahkamah Sesyen Pulau Pinang
  • Kesalahan: Seksyen 23 Akta SPRM 2009

Bekas Menteri Kewangan itu sekali lagi hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini malam ini, dipercayai berkaitan siasatan kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang, bernilai RM6.3 bilion.

Kenderaan Toyota Vellfire putih yang dinaiki bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu, dilihat memasuki perkarangan ibu pejabat SPRM pada kira-kira  9.10 malam.

Ahli Parlimen Bagan itu sebelum ini telah tiga kali dipanggil memberi keterangan berhubung kes itu.

Loading...
Terkini