comscore
Tumpuan :
Aduan Rakyat

JIM Pertimbang Aduan, Beri Pilihan Kepada Pengguna

Oleh Juliana Sharin

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen (JIM) bersetuju untuk mempertimbangkan memberi pilihan kepada pengguna untuk memperbaharui pasport.

Menurut Pengarahnya, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata keputusan itu akan ditentukan kelak, sama ada boleh memohon secara dalam talian atau datang terus ke kaunter.

Bagaimanapun keputusan itu bergantung kepada situasi semasa kes COVID-19 di negara ini.

“MyOnline Pasport yang dikuatkuasakan Mei tahun ini bertujuan untuk kurangkan bilangan pemohon hadir ke pejabat imigresen. Dengan sasaran 80 peratus permohonan harus dilakukan secara dalam talian. Ia dilaksanakan atas faktor keselamatan dan kesihatan,” katanya menerusi temubual eksklusif bersama Tv3.

Jelas beliau, kategori yang dibenarkan untuk jumpa terus termasuklah permohonan kali pertama, pelanjutan kanak-kanak 13 tahun ke bawah, pasport hilang atau rosak, warga emas berumur 60 tahun ke atas, golongan Orang Kurang Upaya (OKU), pelajar berumur 21 tahun dan ke bawah yang menyambung pelajaran peringkat ijazah di luar negara dan jemaah haji.

Beliau mengakui telah menerima banyak kritikan pedas berkaitan sistem MyOnline Pasport dan memberi jaminan penambahbaikan berterusan akan dilakukan.

“Sebelum ini spesifikasi untuk gambar terlalu tinggi, terdapat berpuluh puluh atau titik atau point di muka yang mesti dimuat naik di dalam permohonan secara atas talian tersebut bahagian teknologi dan maklumat saya telah mengurangkan spesifikasi berkenaan kepada beberapa point yang penting sahaja, dan sebab itu sekarang ini bagi yang mahir gambar boleh diambil guna telefon sahaja atau pergi ke kedai gambar,” katanya.

Ditanya mengenai perbezaan tempoh memperbaharui pasport kini tiga hari bekerja berbanding sejam sebelum ini, beliau menjelaskan ia bagi membolehkan jabatan itu mengatur jumlah yang hadir untuk membuat kutipan secara lebih sistematik.

Tegasnya, kaunter khas turut disediakan bagi yang lengkap permohonan dan datang untuk kutipan pasport sahaja.

“Ramai yang mengadu kepada saya, telah memohon secara dalam talian (online) tetapi sampai ke pejabat imigresen perlu berbaris perlu ambil nombor dan ambil gambar lagi. Maka apa online nya disini? Itulah masalahnya kerana gambar gagal dimuat naik jadi mereka akan diproses secara biasa secara  manual. Bermula dari awal balik, kecuali bayaran kerana bayaran telah selesai, sekurang-kurangnya satu proses itu telah berjaya diselesaikan,” jelasnya.

Setakat 19 September lalu pengeluaran pasport untuk tahun ini melebihi 1,6 juta.

Daripada jumlah itu, lebih 600,000 permohonan secara dalam talian.

Pertambahan mendadak itu dilihat selepas dua tahun negara dilanda pandemik COVID-19.

Justeru bagi yang tiada keperluan untuk memperbaharui pasport ketika ini mohon ditangguhkan dahulu.

Ini kerana terdapat 10 ribu pasport yang siap tetapi masih belim dikutip.

Beliau berharap semua pihak dapat memberi peluang kepada transformasi digital yang ingin dilaksanakan oleh jabatannya.

Loading...
Terkini